Turtle Run Challenge
Tempoh Pendaftaran : Sehingga habis stock
Tempoh Larian : 24 Nov - 31 March 2026
Jarak : 3KM, 10KM dan 21KM
Aktiviti Diterima : Walk, Run, Jog, Treadmill, Indoor
Pengeposan : Dijangka bermula 9 Jan 2026
Pace with Purpose
Turtle Run Challenge ialah sebuah virtual run tanpa tekanan untuk mereka yang mahu bergerak mengikut kemampuan sendiri — tanpa kejar laju, tanpa paksaan, dan tanpa persaingan.
Event ini BUKAN untuk mereka yang obses dengan pace atau ranking.
Ia dicipta khas untuk:
- Pelari perlahan
- Pemula
- Individu yang penat asyik paksa diri
- Sesiapa yang mahu kembali bergerak dengan tenang
Tak kisah sama ada anda lari perlahan, jalan sedikit demi sedikit, atau berhenti rehat di tengah jalan — selagi anda bergerak, anda dialu-alukan.
Peserta boleh memilih jarak dan melengkapkan larian ikut masa serta rentak sendiri dalam tempoh yang ditetapkan.
Tiada pertandingan. Tiada tekanan. Hanya pergerakan dengan tujuan.
Turtle Run Challenge menekankan konsistensi, kesedaran diri, dan menikmati proses — bukan tentang siapa paling laju.
Lari perlahan, tetap habis.
Pace with Purpose.